Tahukah korang 10 senarai mayat istimewa di akhirat kelak??
Sepuluh orang yang mayatnyaTIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat,
bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur,
mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama
44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan
TIDAK MAKANdan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUKdan
TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
'Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw
'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan
oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat
datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan
debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.
Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah
dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debuKEIMANAN mereka.
Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh
orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6.Imam atau Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8.Wanita yang mati kelahiran/beranak
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam
Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin
Abdullah ra sabda Rasulullah saw: 'Apabila datang
hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam
kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi
wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka
di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah
dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.'
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, 'Wahai sekalian
kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum
baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan
bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman
yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia
memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yang di firman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah
dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.
No comments:
Post a Comment